Thursday 9 June 2011

PERFECT ENERGY


Khasiat Air Alkali

Manusia perlukan air untuk meneruskan kehidupan. Kadar air yang diperlukan didalam badan adalah melebihi 70%. Ini akan membantu kadar asidik didalam badan, imbangan badan agar stabil dalam proses metabolisma dan kawalan suhu yang baik. Ini akan membantu pergerakkan darah dengan baik dan rembesan hormon diseluruh badan dengan sempurna. Membantu perkumuhan dengan sempurna, samada melalui pembuagan air kecil, pembuangan air besar, perpeluhan dan pernafasan. Kulit akan bertambah cantik dan gebu jika kadar air didalam badan mencukupi.


Ramai pesakit mengadu menghadapi masalah lambat sembuh dan kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mendapat perubahan dan penyembuhan. Ramai pengguna makanan kesihatan mendapati tiada kesan baik terhadap produk yang mereka gunakan, Ini adalah kerana mereka kebanyakkannya menggunakan atau makan ubat menggunakan air berasid tinggi. Kadar asid yang tinggi akan memusnahkan kehebatan atau kekuatan sesuatu ubat atau makanan kesihatan yang mereka makan.


Manusia di Malaysia memang suka mengumpul kadar asidik dalam badan mereka.


Apa yang boleh menyebabkan ASIDIK/KERACUNAN pada tubuh/darah?


Minuman dan Makanan seharian kita umpama daging ayam, daging kambing/lembu, roti, nasi, mee, air berkabonat, minuman segera, merokok, MSG (MonoSodium Glutamate), pewarna,tea, kopi, koko, makan segera, air RO didalam botol, air minuman dalam botol, air mineral dalam botol, sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi berunsur/bersifat asidik.

Ini bermakna kita, rakyat Malaysia memang suka dan tidak dapat mengelakkan mengundang sifat Asidik pada sistem darah kita setiap saat dan masa, selagi hidup.

Adakah cara yang boleh untuk menstabikan/meneutralkan semula kesan asidifikasi ini?

Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI sahaja yang boleh meneutralkan sifat keasidan ini.

Air ALKALI dapat menjalankan fungsi-fungsi tersebut iaitu menueteralkan asidifikasi.

Air bersifat ALKALI ini mempunyai 6 unsur utama (unsur yang sama seperti air zam-zam):-

1. Mineral bersifat Alkali dan beroksigen tinggi.
2. Mengandungi Elektrolit
3. Oksigen yang lebih padat
4. Rantaian molekul air yang lebih kecil
5. Mengadungi Elektron (Ion negatif) berlebihan (Excess Electron)
6. Tenaga (Keistimewaan sebenar air Alkali )


Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangkamasa panjang akan mengakibatkan sel-sel badan kita akan cepat mati, sistem badan akan terganggu, organ kita akan tidak dapat berfungsi dengan baik dan kita mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, gout, sakit buah pinggang, Hormon tidak stabil, KANSER dan sebagainya.

Untuk mengimbangi tahap keasidan, air alkali mampu menanganinya kerana ia terdiri dari kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali, berupaya meguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses penbuangan melalui sistem pencernaan iaitu buang air kecil, buang air besar, perpeluhan dan pernafasan kita.


Secara ringkasnya, khasiat-khasiat minum air minuman alkali adalah:

Membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan.
Bertindak sebagai anti-oksida, menuetralkan radikal bebas (free radicals).
Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi. Galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman.
Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
Menyahkan toksik dalam badan.
Bertindak sebagai anti oksidan.
kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion.
keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.


Kegunaan Am

Bahan-bahan toksid & kimia dalam daging, makanan laut, buah-buahan serta sayuran boleh dikurangkan dengan merendam dalam Air alkali.
Meningkatkan Sistem Metabolisma Badan
Air ALKALI berupaya untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan daya imunisasi.
Air ALKALI membekalan oksigen dalam air, kandungan molekul-molekul dalam airnya halus serta senang diserap oleh tubuh badan kita. Dalam erti kata yang mudah, mengantok dan keletihan pun boleh hilang.


Masakan

Masakan akan menjadikan lebih sedap, berkhasiat dan tahan lebih lama.

Minuman
AIR ALKALI meningkatkan rasa asli dan lebih sedap diminum.


Kecantikan

Menggunakan AIR ALKALI, dapat mengekalkan kelembapan dan pH kulit dengan seimbang. Mencuci muka menggunakan AIR ALKALI dapat menggurangkan jerawat dan bintik-bintik hitam.


Cucian
Molekul-molekul AIR ALKALI yang kecil senang meresap ke dalam daging dan makan laut, untuk mengurangkan bau hanyir, dan menambahkan kesedapannya apabila dimasak.

Memiliki kandungan oksigen yang tinggi sehingga dapat menguatkan sel serta organ tubuh;

Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
Bebas dari logam berat,kotoran terlarut,bahan kimia terlarut, kuman dan bakteria.
Mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan.
Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
Air ALKALI mempunyai khasiat dan tenaga unutk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
Nasi menjadi lambat basi, elok untuk diminum bersama ubat dan membuat air buah-buahan
Lebih berkhasiat berbanding dengan air suling dan R.O


*Nota: Air yang terbaik untuk air minuman ialah air alkali sebab itu air zam-zam juga bersifat alkali.

No comments:

Post a Comment